Saturday, April 24, 2010

Hulu S’gor: UMNO menafikan bekalan elektrik kepada Sekolah Tamil Eskot

UMNO menafikan bekalan elektrik kepada Sekolah Tamil Eskot
url Escort 
tamil school TANJUNG MALIM, 10 April – Sekolah Tamil Eskot diselubungi kegelapan sejak 50 tahun yang lalu kerana tiada bekalan elektrik. “Walaupun Kerajaan di bawah pimpinan UMNO sudah memerintah negara lebih daripada 52 tahun namun Ahli Parlimen kawasan tersebut tidak mengambil sebarang usaha untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi sekolah tersebut,” kata Ahli Parlimen Sungkai Sivanesan. Malah sekolah ini juga tiada kemudahan bekalan air. Kini sekolah tersebut mempunyai jumlah murid seramai 59 orang. Dan 45% daripada murid tersebut telah lulus dalam peperiksaan UPSR.   
UMNO menafikan bekalan elektrik kepada 
sekolah tamil Eskot 3Komen HRP: Dari jumlah sebanyak RM191.5 Bilion yang telah diperuntukkan dalam bajet 2010, RM30 Bilion telah diagihkan untuk pembinaan 80 buah sekolah baru, 1,100 bangunan tambahan dan 347 projek pemindahan sekolah (school replacement projects). Namun usaha untuk menukar sekolah-sekolah tamil kepada sekolah bantuan penuh seperti sekolah tamil Eskot masih tidak dapat direalisasikan daripada jumlah yang diagihkan khas untuk bahagian sekolah. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah-sekolah Tamil masih ke hari ini dinafi untuk dijadikan sebagai sekolah yang mendapat bantuan penuh kerajaan. Malah air dan bekalan elektrik dinafikan. Gagasan 1 Malay-sia? Rakyat Didahulukan …?





UMNO menafikan bekalan elektrik kepada 
sekolah Tamil Eskot 
UMNO menafikan bekalan elektrik kepada 
sekolah tamil Eskot 2
UMNO menafikan bekalan elektrik kepada 
sekolah tamil Eskot 3