Tuesday, November 2, 2010

Memo to Menteri Besar Johor, UMNO denies land for Masai Hindu Graveyard

1st November 2010 at 11.00am, Human Rights Party together with concern citizen handover memorandum to Johor Menteri Besar regarding land denied for Masai Graveyard. Memorandum collected by Encik Sharul (Pegawai pembantu pentadbiran Menteri Besar Johor).
01112010154
HRP at Johor Menteri Besar office. from left: G.Subramaniam, S.Magesan, En.Sharul, Y.Mohan (Johor HRP Chairman) & Perumal. 

MEMORANDUM

MEMORANDUM KEPADA YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN – MENTERI BESAR JOHOR BERKENAAN TANAH PERKUBURAN DI MASAI DAN DI KAWASAN SEKITAR JOHOR BAHRU YANG SUDAH PENUH DAN TIADA TEMPAT LAGI PADA MASA KINI.
HRP5

Salam sejahtera,

Kami dari Human Rigths Party Malaysia (Interim), mewakili kaum India beragama Hindu di sekitar kawasan Masai khususnya dan kawasan sekitar Johor Bahru secara amnya ingin menggesa kerajaan Johor di bawah pentadbiran YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN – MENTERI BESAR JOHOR supaya masalah Tanah Perkuburan di Masai dan Johor Bahru diselesaikan dengan segera memandangkan tiada tempat untuk tanah perkuburan.

Untuk pengetahuan pihak kerajaan, tujuan utama kami memberi memo ini ialah untuk mendapatkan sebidang tanah perkuburan baru dan juga mengkaji masalah tanah perkuburan di Masai.

01112010151Kami menggesa kerajaan supaya:

1) Mengenal pasti Tanah Perkuburan yang baru di Masai dan bagi kawasan sekitar Johor Bahru.

2) Membuat satu siasatan rasmi di Tanah Perkuburan Masai berkaitan penggunaannya memandangkan didapati masih ada ruang tetapi tidak digunakan. (Dikhuatiri kawasan paya)

3) Memandangkan Tanah Perkuburan lain disebelahnya sudah penuh dan diberi tanah di tempat lain kecuali bagi beragama Hindu.

Situasi sekarang.

Situasi sekarang tiada tempat untuk dikebumikan / dibakar. Tetapi masih ada ruang untuk ditanam dan dibakar. Tempat pembakaran tidak dijaga kerana kebanyakan mayat dibawa ke perkuburan Cina untuk dibakar secara elektrik yang terletak di Sungai Tiram, Tiram dimana ia terletak lebih kurang 30 KM dari Masai. Untuk pengetahuan pihak kerajaan, bukan semua mayat Hindu boleh dibakar kerana menurut agama Hindu ada yang mesti kena bakar dan ada yang mesti kena tanam. Tetapi sekarang semuanya kena dibakar dan itupun di Perkuburan Cina. Masih lagi menumpang mayat. Kesemua masyarakat India Hindu terpaksa berbuat demikian dan mereka ini melingkungi kawasan Pasir Gudang, Kota Masai, Masai, Seri Alam, Plentong, Kong Kong dan Permas Jaya.

Persoalan masyarakat Masai pula ialah, Tanah Perkuburan Masai yang digazetkan pada 22/07/1962 dan diluluskan pada 2/07/1963 (Plan no: 25429 dan Lot no: 2127) seluas 1.75 ekar yang diuruskan oleh Subramaniam Temple Masai, kini tiada tempat lagi. Jika ada pun ia adalah paya dan persoalan mereka ialah adakah kesemua tempat ini digunakan sepenuhnya. Sudah lebih 10 tahun tiada kes perkuburan disini dan tiada tanah baru.

Untuk pengetahuan tuan, masalah sebenar bukannya tak boleh bertoleransi semasa pembakaran mayat di tempat orang Cina (dimana perkara ini tak akan diterima oleh agama lain), Cuma bila ia melibatkan mereka yang miskin, mereka terpaksa bayar lebih untuk bakar mayat kerana hanya mereka yang menumpang kawasan perkuburan sahaja boleh merasai rasa duka yang teramat. Kereta mayat sekarang memberi pakej perkuburan yang melibatkan paling kurang RM 5000. Mereka yang miskin terpaksa untuk mencari ALONG untuk mendapatkan wang segera agar mayat tidak dibiar begitu sahaja dan mereka akan lakukan apa sahaja termasuk meminjam wang. Terdapat lebih 20 keluarga (yang kami ada sekarang dan mungkin lebih jika kami buat kajian) yang menghadapi masalah Along yang berpunca daripada kematian.

Bayangkan selepas pemergian seseorang, tiada tempat untuk mengkubur dan membakar, yang ada cuma menumpang , dengan berat hati terpaksa membakar walaupun ada yang kena tanam, , terpaksa meminjam wang dari Along, bayar sampai 5 tahun dan lebih. Adakah ini bukannya tanggungjawab kerajaan tempatan dan mereka yang mengurus Tanah Perkuburan? Jika semua perkara perlu demonstrasi dan Memo apa gunanya kami sebagai rakyat India Hindu yang bergenerasi 5 dan 6 keturunan di Malaysia. Adakah kami bukan rakyat Malaysia.

Apakah sebidang tanah perkuburan yang kami minta untuk beribu ribu masyarakat India di Johor Bahru dan Masai adalah keterlaluan? Lagi teruk keadaan kami kerana tiada tempat lagi untuk mengebumikan di Kebun Teh, Johor Bahru.

Apa yang kami menggesa pihak kerajaan ialah:

· Laksanakan segera siasatan di Tanah Perkuburan Masai.

· Kami perlukan sebidang tanahperkuburan segera sebagai tanda menghormati agama dan masyarakat kami.

· Kami bersedia untuk sebarang perbincangan dan jika tiada hasil atau keputusan dalam masa dua bulan maka kami tiada cara lain selain menjunjung mayat ke Pejabat Menteri Besar kerana kami percaya beliau boleh selesaikan masalah ini.

Bersama ini kami sertakan dokumen yang berikut:

* Ditandatangani oleh masyarakat India yang terlibat dalam masalah ini dan orang awam yang mula risau.
* Gambar-gambar kubur Masai pada masa kini.
* Pelan Tanah Perkuburan India, Masai

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

____________________

(Y.MOHAN)

HRP JOHOR STATE CHAIRMAN

Tel h/p: 019-7102895

Sk1.Yang Dipertua Majlis Pembandaran Johor Bahru Tengah, Skudai Johor.

GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL DI TANAH PERKUBURAN INDIA MASAI,JOHOR.
clip_image002
Penyokong-penyokong orang awam yang meminta tanah untuk kubur India di masai.
clip_image004
Tempat membakar mayat yang tidak sempurna seperti bumbung tidak ada dan tidak dijaga lansung.
Tempat ini langsung tidak dipakai lebih kurang 10 tahun lalu.
clip_image008 clip_image006
Kubur India Masai sudah penuhi dan orang awam di kawasan itu dipercayai kubur China sudah memasuki ke kawasan kubur India.sejak lebih kurang 15 tahun kubur India di masai tidak boleh dikebumikan mayat.
clip_image010 clip_image014
Jambatan inilah laluan masuk utama ke kubur India yang tidak sempurna.Hal ini, menyusahkan orang awam melintas jambatan ini kerana takut runtuh bila-bila masa.