Wednesday, March 23, 2011

Cruel UMNO P.M Najib Razak & Home Minister denies IC to Indian poor Jacob (59) and 300,000 others.

P6110002

clip_image002

NO.6, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2282 5241 Fax: 03-2282 5245 Website: www.humanrightspartymalaysia.com

Your Reference :
In Reply : MISC/June/2010
Date : 23/3/2011                                                                  PERINGATAN KEDUA          

YAB. Dato Seri Najib Razak
Prime Minister of Malaysia,
Blok Utama Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Fax: 03-88883444
62502 Putrajaya E-Mail: najib@pmo.gov.my


Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein,
Menteri Kementerian Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri,
Blok D1 & D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, Fax: 03-2693 3131
62546 Putrajaya E-Mail: menteri@moha.gov.my

Y.B. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan,
Bukit Perdana,
Jalan Dato Onn, Fax: 03-2693 4982
50515 Kuala Lumpur E-Mail: shahrizat@kpwkm.gov.my


Per: Alkisah Artikel 14 Perlembangaan Persekutuan yang menjamin “Kad Pengenalan (Biru) dan Kewarganegaraan untuk warganegara Malaysia” tetapi dinafikan kepada En Jacob a/l Packianathan dan 300,000 masyarakat India yang lain.


Kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat kami yang bertarikh 11/6/2010 dan 23/3/2011 ingin membawa kepada perhatian pihak tuan bahawa En. Jacob a/l Packianatan yang kini sudah pun berusia 59 tahun telah lahir di Hospital Besar Klang Malaysia pada 27hb Mac 1951 sebagaimana yang telah dicatit dan diberitahu oleh mendiang ayah En. Jacob tersebut. Walaubagaimanapun beliau telah dinafikan Kad pengenalan (Biru) dengan status Warganegara Malaysia walaupun beliau dan ibu beliau telah lahir di Malaysia dan ibunya merupakan seorang warganegara Malaysia. Akibat daripada penganiyaan ini En. Jacob a/l Packianatan telah tidak dibenarkan untuk terus belajar di sekolah rendah, menegah dan seterusnya menjadi buta huruf dan cuma dapat membaca sedikit dalam bahasa Tamil. Beliau kini tinggal sehelai sepinggang, hidup merana dan tanpa tempat berteduh (homeless), tidak dapat berkahwin dan jikalaupun berkahwin masalah beliau akan berlarutan sehingga ke anak cucu beliau dan mendirikan keluarga bahagia seperti rakyat Malaysia yang lain. Dan sekarang beliau telahpun menjadi seorang yatim piatu dan kini menjadi anak angkat kepada Parti Hak Asasi Manusia dan berteduh di pejabat kami.
Kini beliau berhadapan dengan masalah kesihatan di usia tuanya kerana beliau telah kehilangan Kad Pengenalan (Merah, tanpa warganegara) serta Surat Beranak (Merah, tanpa warganegara) beliau lima belas (15) tahun yang lalu. Beliau telah melaporkan kehilangan Kad Pengenalan serta Surat Beranak di Balai Polis Brickfields 15 tahun yang lalu dan telah berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara di Petaling Jaya dan Putrajaya sukurang-kurangnya sebanyak tiga puluh kali sehingga akhirnya beliau telah putus asa. Namun beliau tidak mendapat sebarang maklum balas tentang laporan polisnya dan permohonan beliau untuk Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalannya telah dinafikan.
Kami bagi pihak En. Jacob ini ingin memohon supaya Sijil Lahir dan Kad Pengenalan (Biru) dengan status warganegara dikembalikan (restored) kepada beliau terutamanya tetapi tidak terhad kepada hak En. Jacob a/l Pakianathan ini kepada Artikel 14 Perlembangan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan “Citizenship by operation of law”. Dalam pada itu En. Jacob a/l Pakianathan ini juga diberikan bantuan kebajikan sebanyak RM 678.00 sebulan pada kadar segera iaitu garis Indeks Kemiskinan dan juga diberikan kad e-kasih yang diwar-warkan oleh kerajaan UMNO dan juga Kad hospital kerajaan.
Setelah dinafikan Kad Pengenalan Biru (dengan kerakyataan Malaysia) En. Jacob telah tidak dapat bekerja di mana- mana serta sedang merana kerana tiada tempat berteduh selama 40 tahun. Beliau tidak mempunyai sesiapa pun untuk mengambil tahu mengenainya. Apabila beliau jatuh sakit, beliau telah dinafikan rawatan pesakit luar dan pernah hanya terlantar dirumah apabila sakit tenat oleh kerana telah tidak dibenarkan masuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur atau ke mana-mana hospital kerajaan yang lain kerana telah dinafikan Kad Pengenalan (Biru). Ini akan mengundang masalah yang lebih besar kepadanya dalam masa beliau lebih tua dan uzur sedikit masa lagi.
Sebagai salah seorang warga emas di negara ini, beliau terpaksa hidup dalam ketakutan pada setiap dan tiap-tiap hari kerana pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak polis sebanyak 15 kali oleh kerana disyaki adalah warga asing. Beliau tidak dapat menjalani kehidupan sebagai insan biasa selama 40 tahun hanya oleh kerana beliau telah dinafikan Kad Pengenalan (Biru) dengan kewarganegaraan. Kehidupan usia mudanya telah musnah kerana dia hidup dalam ketakutan kepada polis. Beliau tidak dapat berkahwin, bekerja, berniaga atau membeli walau sebuah motorsikal pun. Apatah lagi membeli sebuah kerata untuk keselesaan ataupun van, bas atau lori untuk mencari rezeki. Beliau juga telah dinafikan pekerjaan walaupun sebagai pekerja kilang atau pengawal keselamatan.
Kes En Jacob a/l Pakianthan ini adalah hanya “the tip of the iceberg” dan anggaran kami adalah lebih kurang 300,000 dari kalangan masyarakat etnik minoriti India yang hidup sengsara dan merana dan/atau hidup tanpa tempat berteduh seperti En Jacob ini dan 150,000 kanak-kanak dari masyarakat India dinafikan sijil kelahiran walaupun adalah anak-anak kelahiran di Malaysia generasi keempat, kelima dan keenam. Kesemua ini adalah bercanggahan dengan Article 14 Perlembangan Persekutuan (Citizenship by operation of law). Adakah ini konsep Satu Malay-sia seperti yang di war-warkan oleh YAB Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Oleh yang demikian kami memohon agar En. Jacob a/l Pakianathan ini diberikan Kad Pengenalan dan Kewarganegaraan, RM678.00 sebulan bantuan kebajikan dan “arrears” dari umur 40 tahun, Kad e-kasih, Kad rawatan hospital dan sebuah rumah flat satu bilik dalam tempoh masa (2) minggu dari tarikh surat ini. Dengan ini mudah- mudahan sekurang- kurangnya dosa kerajaan pimpinan UMNO ini dapat ditebus sedikit sebanyak dengan akhir hayat En. Jacob a/l Pakianathan ini diharap akan menjadi lebih tenteram dan bermakna dan supaya beliau dapat menghayati sisa- sisa hidupnya sebagai seorang warganegara Malaysia sehingga menghembus nafas terakhirnya.
Kad Pengenalan abang En. Jacob ini bernama Rathasamy a/l Pakianthan dengan status warganegara dilampirkan bersama disini untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.
Jawapan dan tindakan segera pihak YAB/YB dalam perkara ini disanjung tinggi.
Sekian, Terima Kasih,
Yang Benar,
____________________
P.Uthayakumar
Setiausaha Agong (penaja)

s.k. 1) Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan Ketua Setiausaha Negara Pejabat Ketua Setiausaha Negara
           Aras 4, Blok Timur,
           Bangunan Perdana Putra
           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan                                        No Faks: 03-88883382
           62502 Putrajaya Email: ksu@moha.gov.my


       2) Dato’ Sri Mahmood bin Adam
           Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri
           Aras 12, Block D1, Kompleks D,
           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
           62540 Putrajaya                                                                           No. Faks: 03-88891758

         3) Dato Norhayati Sulaiman
             Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat,
             Aras 1-6, Block E,
            Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana,
            Jalan Dato Onn,
            50515 Kuala Lumpur.